Tuesday, July 28, 2009

Aktiviti Smart Rangers

1. Sistem pungutan di dalam sekolah. (Kempen mengumpul barangan kitar semula di sekolah)

Kaedah:
Ø Pada setiap hari Selasa, aktiviti pengumpulan barangan kitar semula akan dijalankan. Setiap kelas akan membawa barangan seperti plastik botol, kotak minuman, tin minuman dan lain-lain lagi. Bahan-bahan yang dikumpul ini disimpan di dalam stor. Setengah daripada barangan ini akan dijual kepada vendor.
Ø Aktiviti menggumpul ini dimulakan pada 28 Julai 2009.

2. Menghasilkan baja organik. ( Mengkompos )

Kaedah:
Ø Bahan-bahan yang akan digunakan dalam aktiviti mengkompos ini diperolehi daripada sisa organik kantin iaitu kulit buah-buahan dan kulit sisa sayuran.
Ø Mengkompos dalam pasu bunga :- Bahan- bahan yang digunakan ialah kulit buah-buahan, kulit / sisa sayuran, daun kering , tanah dan air.
Ø Aktiviti ini akan dikendalikan oleh dua orang guru smart ranger bersama-sama dengan murid-murid smart ranger.

3. Aktiviti Pendidikan dan Kesedaran Sains Sivik & Pertandingan
melukis poster.

Kaedah:
Ø Memberi penerangan kepada murid tentang konsep 4R2C ( Rethink , Reduce, Reuse, Recycle, Compost & Close the loop).

Ø Sebagai aktiviti susulan, murid-murid daripada setiap kelas akan melibatkan diri dalam pertandingan melukis poster berkenaan dengan konsep 4R2C.


4. Pertandingan menghasilkan kraf tangan.
Kaedah:
Ø Mengkendalikan pertandingan menghasilkan kraf tangan dengan menggunakan bahan kitar semula.

Ø Murid-murid akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan mengedarkan bahan-bahan yang telah dikumpul untuk menghasilkan kraftangan.

Ø Aktiviti ini telah dijalankan pada 8 Julai 2009 , pada waktu KoKurikulum.

Sunday, July 12, 2009

Pertandingan menghasilkan kraf tangan

Pertandingan menghasilkan kraf tangan menggunakan barang buangan dijalankan pada 8hb Julai 2009 pada waktu ko-kurikulum di sekolah. Murid-murid tahun tiga hingga enam telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.