Monday, October 19, 2009

Aktiviti Penanaman Pokok




















Aktiviti penanaman pokok dijalankan pada 15hb Oktober 2009 . Guru Besar, guru-guru dan murid murid telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Thursday, September 24, 2009

Pemantauan oleh Penyelia Projek SMART Ranger













Pada 18haribulan September 2009, Penyelia Projek SMART Ranger Dr.K. Kalithasan dan pembantunya Cik Shafinaz telah datang ke sekolah ini untuk meninjau aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Pertandingan Melukis & Mewarna Poster








Pada 14 hingga 18 September 2009, pertandingan melukis & mewarna poster yang berkaitan dengan kitar semula telah dijalankan pada waktu pendidikan seni.

Thursday, September 10, 2009

Menghasilkan baja organik. ( Mengkompos )










































Mengkompos dalam pasu bunga oleh murid-murid SMART Ranger.








Saturday, August 15, 2009

Penjualan barangan kitar semula







Pada 14 ogos 2009, kami telah menjual barangan kitar semula yang telah dikumpul kepada pihak Alam Flora.

Saturday, August 8, 2009

Sistem pungutan di dalam sekolah.

5 buah tong sampah dilabel mengikut jenis barangan yang hendak dikitar semula.

























(kempen mengumpul barangan kitar semula di sekolah)


Pada 04/ 08/ 2009 ( Selasa) aktiviti mengumpul surat khabar dijalankan. Sambutan daripada murid-murid adalah agak memuaskan. Pada 05/ 08/ 2009 ( Rabu ) aktiviti penimbangan dijalankan.

Sistem pungutan di dalam sekolah.

















(Kempen mengumpul barangan kitar semula di sekolah)

Pada 28/ 07/ 2009 ( Selasa) aktiviti mengumpul barangan kitar semula dimulakan. Aktiviti ini dimulakan dengan menggumpul barangan botol plastik. .Murid-murid daripada setiap kelas telah membawa botol plastik. Pada 29/ 07/ 2009 ( Rabu ), guru-guru bersama dengan murid-murid Smart Rangers telah menimbang botol plastik pada waktu Kokurikulum.

Tuesday, July 28, 2009

Aktiviti Smart Rangers

1. Sistem pungutan di dalam sekolah. (Kempen mengumpul barangan kitar semula di sekolah)

Kaedah:
Ø Pada setiap hari Selasa, aktiviti pengumpulan barangan kitar semula akan dijalankan. Setiap kelas akan membawa barangan seperti plastik botol, kotak minuman, tin minuman dan lain-lain lagi. Bahan-bahan yang dikumpul ini disimpan di dalam stor. Setengah daripada barangan ini akan dijual kepada vendor.
Ø Aktiviti menggumpul ini dimulakan pada 28 Julai 2009.

2. Menghasilkan baja organik. ( Mengkompos )

Kaedah:
Ø Bahan-bahan yang akan digunakan dalam aktiviti mengkompos ini diperolehi daripada sisa organik kantin iaitu kulit buah-buahan dan kulit sisa sayuran.
Ø Mengkompos dalam pasu bunga :- Bahan- bahan yang digunakan ialah kulit buah-buahan, kulit / sisa sayuran, daun kering , tanah dan air.
Ø Aktiviti ini akan dikendalikan oleh dua orang guru smart ranger bersama-sama dengan murid-murid smart ranger.

3. Aktiviti Pendidikan dan Kesedaran Sains Sivik & Pertandingan
melukis poster.

Kaedah:
Ø Memberi penerangan kepada murid tentang konsep 4R2C ( Rethink , Reduce, Reuse, Recycle, Compost & Close the loop).

Ø Sebagai aktiviti susulan, murid-murid daripada setiap kelas akan melibatkan diri dalam pertandingan melukis poster berkenaan dengan konsep 4R2C.


4. Pertandingan menghasilkan kraf tangan.
Kaedah:
Ø Mengkendalikan pertandingan menghasilkan kraf tangan dengan menggunakan bahan kitar semula.

Ø Murid-murid akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan mengedarkan bahan-bahan yang telah dikumpul untuk menghasilkan kraftangan.

Ø Aktiviti ini telah dijalankan pada 8 Julai 2009 , pada waktu KoKurikulum.

Sunday, July 12, 2009

Pertandingan menghasilkan kraf tangan

Pertandingan menghasilkan kraf tangan menggunakan barang buangan dijalankan pada 8hb Julai 2009 pada waktu ko-kurikulum di sekolah. Murid-murid tahun tiga hingga enam telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.